Thursday, August 19, 2010

Ramadhan ke 16


Hari ini 16 ramadhan..alhamdulillah 15 hari sudah menyambut bulan yang mulia ini...maknanya 1/3 ramadhan sudah pun berlalu....sekarang di 2/3 ramadhan..walau hati ini tidak kuat dan teramat rapuh..mata selalu terlalu cemburu sehingga katil dan bantal seolah olah memanggil-manggil....hhee

Alhamdulillah berkat doa yang aku panjatkan..hati ini sudah semakin kuat..sudah kurang penyakit keluh kesah..dan sekarang aku mesti mempunyai keyakinan yang tinggi dalam melalui ranjau kehidupan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini....

Pagi lagi aku mendapat satu pesanan ringkas dari seorang sahabat lama..Alhamdulillah berkat ramadhan yang mulia ini dia akan melunaskan janjinya...sesungguhnya salah satu cara untuk mendapat Ganjaran Jutawan Pahala adalah dengan menepati janji...semoga dia dimurahkan rezeki dan persahabatan yang dibina atas dasar hormat seorang pekerja dengan bekas majikan akan terus utuh.....

Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan.
Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan.
Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan.
Tidak ada kebaikan bagi shadaqah kecuali niat yang ikhlas.
Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan keamanan

* Kurniakanlah hambamu ini kekuatan dan hindarkan aku dari penyakit keluh resah ini...

Monday, August 16, 2010

A week After Ramadhan


Ermmm.. sedar tak sedar dah seminggu rupanyer ramadhan...tahun nie ramadhan lain sikit permulaannya...

So first skali aper ye...nak cerita berkenaan cuaca...setiap hari dibulan ramadhan ini nampaknya langit seakan kesedihan lalu turunlah hujan membasahi bumi..Alhamdulillah atas rahmat dari tuhan...Tapi dalam limpah kurnia dari Allah yang maha besar..tiba-tiba dikejutkan dengan berita bazar ramadhan di Jasin dilanda ribut yang amat dasyat sehingga mengorbankan nyawa manusia...Innalillah takziah kepada keluarga mangsa...ada hikmah di atas setiap kejadian yang mungkin terselindungnya rahmat tuhan yang maha besar untuk anak adam...

Tapi time-time cuaca begini teringat kepada si penjual di bazar ramadhan..pastinya kurang pendapatan mereka seharian...pada insan-insan yang tiada tempat berlindung pula pastinya kesejukan dek kerana hujan yang turun bukan sedikit itu...pada yang tidak berkenderaan pasti sukar untuk ke masjid menunaikan solat sunat tarawih...

Bila saat-saat begini terasa amat bersyukur dengan kurniaan Allah pada insan ynag serba kekurangan ini...walau aku tidak semewah mana..tapi Alhamdulillah masih boleh menghadapi hidup dengan selesa....

ha aper lagi jangan sedih-sedih hadapi hidup dengan tenang...pasti kebahagiaan sebenar menanti suatu hari nanti....adios amigos..hehehehe

Thursday, August 12, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan......


Alhamdulillah, aku bersyukur di atas limpah dan kurniaMu kerana aku masih dipanjangkan umur untuk bertemu lagi dengan Ramadhan kali ini..alangkah indahnya anugerah mu ini Ya Allah...dalam usia yang menginjak ke-3 dekad ini aku berazam untuk berusaha bersungguh2 mencari redhaMu...biarlah air mata yang tumpah dari mata ku ini adalah kerana penyesalan kerana kelalaian dan rasa kehambaan ku kepadaMu....

Sunday, August 1, 2010

9 hari lagi....

Sedar tak sedar lagi sembilan hari kiter bakal menyambut kehadiran bulan yang penuh barakah...iaitu bulan ramadhan...Ya Allah panjang kanlah usia ku moga aku dapat ketemu dengan ramadhan semula...
Ape nak cerita ye..takde apa pun yang menarik...cuma setiap kali kedatanga ramadhan hati ini merasa sangat sayu..mengapa agaknya..mungkin kerana jiwa ku disini...aku lahir pada tanggal 23 ramadhan mengikut bulam islam..rasa hati sunguh sayu...gembira...dan tak dpt nak digambarkan setiap kali kehadiran bulan yang mulia ini..
Semoga semuanya dapat keberkatan dibulan ramadhan tahun nie..dan pastinya aku berharap kedatangan ramadhan kali ini membawa seribu pengertian buat diriku....kali ini aku berfikir lagi dan lagi...mampukah aku memberikan senyuman dibibir mak dan abah untuk aidilfitri kali ini......