Tuesday, June 22, 2010

Suka-suka...


Hujan yang turun pagi ini..sudah dua hari berturut-turut hujan turun membasahi bumi naning yang permai ini...sebuah kawasan kampung yang belum dicemari atau dijajahi...dikiri-kanan jalan penuh dengan penuh dengan rumah kampung...kawasan penjualan kraftangan...dah sekarang raja buah sedang membanjiri jalan-jalan di kawasan ini..ye buah lulian..heheh..so kepada penggemar durian sila-silalah berenti seketika sambil menikmati durian kampung yang sedap dan manis apatah lagi harganya amat murah sekali...
Aku apa kisah minggu ni..kawan-kawan seofis sudah kembali..seronoknya akhirnya ofis nie kembali seperti sediakala...riuh-rendah..tapi kadang-kadang sore aku je yang buka cerita..dieorang jadi pengulas..kadang-kadang aku ulas sendiri.hehe takpelah asal ada kawan nak mengeluarkan kata-kata almaklum aku kene cakap 4000 patah perkataan satu hari(nie trade mark aku dari kat company lama semua orang ingat..hehe)
Buat masa ini takde yang menarik untuk dikongsi..hidup perlu diteruskan, doa terus dipanjatkan agar diri ini tabah menghadapi dugaan, taat akan suruhanNya,sabar dalam penantian, setia dalam persahabatan...

Saturday, June 19, 2010

Perihal Manusia....


Lama nie aku tunggu...dah dekat setengah jam..buat dono je...sesungguhnya aku lah insan yang tidak suka menunggu lama..bagi aku penantian itu satu penyiksaan..Aku perihalkan org yang buat org ternanti-nanti itu species yanag tiada perikemanusiaan...cuba aku buat org tu yang menunggu sure marahkan..so mcm tu jugak aku...nie dah kuar asap kat telinga hidung semua (huh cuba bayangkan tu seladang kalu nak kejar orang)

Manusia-manusia..cubalah sedar bahawa seandai kita tak mahu di sakiti jangan cuba menyakiti org lain.., hidup nie macam roda..sudah pernah aku kata..kepantangan aku orang menipu..dan apatah lagi yang bermuka-muka...sekali aku ditipu seumur hidup tidak mungkin akan ku percaya lagi....
wah emo nampaknya tulisan kali ini..hehe entah kenapa nak kata bulan mengambang penuh belum lagi 15hb ehehe...tidak mengapa cuba untuk bersabar walau telah banyak aku bersabar...
Allah tidak akan menduga seseorang selagi dugaan itu tidak tertanggung oleh hambanya...
“Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa yang mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia sentiasa ingin menang.” (Riwayat oleh al’Syaikhan dari Ibn ‘Amr)

Kalu difikirkan semula ialah setiap orang ada alasan tersendiri untuk membuat orang ternanti-nanti..waalau kadang-kadang tak tahu samada alasan itu benar atau rekaan semata-mata...biarlah itu antara dia dengan tuhan..sesungguhnya aku hanya manusia biasa disisi dimana dihadapan manusia aku hanya manusia biasa, inikan dihadapan pencipta bagaimana agaknya..
Renung-renungkan dan selamat beramal...
oleh itu janganlah tega mencari kesalahan orang lain, mungkin ianya salah satu cara untuk kita kembali melihat kekurangan dan kesalahan diri sendiri yang kita terlepas pandang....

Thursday, June 17, 2010

Bebanan atau tanggungjawab....



Pagi lagi aku begitu bersemangat menghadiri training hari ini..tapi dalam pada tu ada debaran kerana aku sudah menjangka ada tugasan berat bakal tergalas di bahu ini...Seperti biasa biler meeting dengan orang-orang besar ni semua lambat so aku org yang pertama sampai...Training pun bermula, bos dah telepon dia lambat masuk..huhu ape-ape jelah buat-buat terror je...
Mdm X:Ms.IL mana boss
Ms.IL: mm bos masuk lambat
Mdm X: Hal Aper...
Ms.IL: Buat muka blurrr


Prof. memulakan penerangan system baru dalam maping..satu persatu ilmu baru diturunkan..Dalam hati friendly betul Prof nie..dulu zaman uni tak jumpa pun prof camnie..agaknye sekarang aku berada di kerusi pensyarah, so da lebih open..ntah-ntah kalu jadi student mau aku dimakan..heheh tak baik

Makin lama aku sudah terasa kehangatan training nie, sudah tergambar kerja-kerja menanti..jgnla buatnyer coordinator nie sambung cuti masak lemak aku nanti...Dengan training module aku tak siap lagi...itulah bertangguh lagi..bukan sebenarnya mood tak marila...

Sehingga menjelang petang, aku semakin faham dengan system maping nie, setelah berhempas pulas aku menumpukan perhatian..huh hbs jugak training ni..tapi tak selesai lagi..ada tugas-tugas berat menanti...baguslah atleast biler aku subuk ni, aku kurang berfikir benda yang bukan-bukan ini..positifkan diri dan berusaha menuju kejayaan...
Dan sebelum pulang;

Boss: Ms.IL nie kiter kene map nie esok jugak
Ms.IL: mengangguk dengan patuh
Boss: Esok ambik dengan saya document..pagi2 tau...
Ms. IL: Kiter tgk saper yang kene(dalam hati jela..hehe)

Wednesday, June 16, 2010

Tawa Dalam Tangis...

Setiap hari pasti ada kita mengeluh dalam keadaan diri yang serba tidak sempurna..malah ada sahaja kata-kata yang keluhan kerja banyak, takde kerja, duit tak cukup..tahukah di sebalik keluhan kita masih ada insan di muka bumi ini yang lebih menghadapi keperitan yang tidak terhingga..bersyukurlah dengan apa yang kita ada..apa yang kita perolehi..hargailah insan-insan di sekeliling yang sentiasa menghargai kita..hargailah kasih ibu dan bapa yang tidak terhingga, kasih adik beradik yang tiada tolok bandingnya...berbanding kasih dari kekasih yang belum ada pastinya.dah tumpahkan harapan pada kasih yang satu iaitu Kasih pada ilahi....

Monday, June 14, 2010

Semanis Bicara, Selembut Sentuhan..


Agenda yang tidak dirancang mendapat jemputan untuk menghadiri ceramah berkenaan dengan komunikasi rumah tangga, sebelum ini aku pernah mendapat e-mail ini tapi tak rasa nak pergi pun ialah tak berkaitan..tiba-tiba pgi tadi ada org menjemput seperti biasa aku tak nak hampakan jemputan.
Ternyata kedatangan ini tidak sia-sia..2 jam masa bagai terlalu pantas..Pecah perut semua org dengan celoteh ustaz ini.Dalam gelak tawa semestinya ada isi nak disampaikan terpulang pada kita bagaimana nak menilai ...jgn gelak besar tapi atlast masuk telinga kiri, keluar telinga kanan....kita mesti mengambil iktibar atas apa yang disampaikan even kita ketawa sebenar dalam realiti memang terjadi perkara sedemikian rupa....


Beberapa intipati ceramah dapat kusimpulkan;
Lelaki makhluk hati, dimana perbuatannya tersembunyi didalam hati
Wanita makhluk mulut, sebab itu ia begitu mudah meluahkan kata-kata...
Kejadian wanita adalah dari rusuk lelaki..dimana jikalau dilentur terlalu kuat akan patah, tetapi seandai dibiarkan ia akan terus membengkok...
Kunci Kebahagiaan dalam perkahwinan...
B-Badan perlu sihat
A-Akal fikiran yang waras
H-Hati yang ikhlas
A-Amalan Hidup sihat
G-Gaya kehidupan
I-Institusi keluarga
A-Agama

Sunday, June 13, 2010

Lakaran Kehidupan

Hidup penuh dengan pengembaraan yang tiada kepastian...
Setiap hari ada pengajaran...
Ia terpulang pada kita untuk membuat penilaian...
Kadang-kadang kita terus hanyut dan terleka dan terkadang sekali kita menoleh ke belakang untuk mencari tauladannya...



Berhentilah menuding jari kepada org lain atas kesalahan yang tanpa disedari datang dari silap diri sendiri..Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang penganguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Dunia adalah pentas lakonan yang sentiasa mendapat box office award..merupakan komedi bagi insan-insan yang melakonkan dan tragedi bagi insan-insan yang merasakan...Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

Saturday, June 12, 2010

Sabtu Kembali Lagi...


Sabtu kali ini..memenuhi undangan majlis perkahwinan rakan dan jiranku...
Masih kekali dalam ingatan saat bersekolah bersama, masih berhingus kata orang..
Dier ni mmg kategori lembut la among we all...ramai jugak peminatnya...akhirnya kawin dengan org sekolah menengah dah jodoh dier..heheh
Hampir semua rakan-rakan sekolah menamatkan zaman bujang..tatkala menerima jemputan macam biasa aku dihujani soalan-soalan cepumas dan cepugangsa..heheh..ha nko biler lagi, nak tunggu aper nie, jgn memilih sangat..hehehe..aku macam biasa happy go lucky type dalam hati sapa tau...senyum sampai nampak gigi bongsu hahah( sah tu ketawa namanya kawan)..Aku pergi jugak meraikan kawan sekolah punyer majlis, cam biase bw hadiah nie yang termahal penah aku beli..selalu share dengan orang je..heheh anyway tahniah ye kawan...begitulah putaran masa...tak sedar hampir 20 tahun aku meninggalkan zaman sekolah rendah...semua kawan-kawan membawa haluan masing-masing dan aku kembali berkhidmat di tanah tumpah ku sendiri...cikgu-cikgu macam biase still ingat kat aku...aku bukan best student pun.., penah buat perkara memalukan zaman sekolh dulu..heheh almaklum aku nie penggeli sikit orangnyer..(apa dier yang aku buat biarlah rahsia..huhu)...tpmaybe cikgu ingat sbb nama ini begitu unik...atau aku dibayanngi abah yang mmg terkenal seantero Pulau nie..hehe, atau aku memang bdk baik pun...huhu Tak kiralah sapa pun aku dulu, kini dan selamanya..heheh aku tetap insan biase yang berusaha untuk menjadi luar biasa....Amin...

Friday, June 11, 2010

Jumaat

Jumaat kembali lagi...
Penghulu segala hari...
Tapi mengapa seolah-olah hilang kemikmatannya
Terlalu jauh aku pergi mungkin
Terlalu leka dalam keindahan pentas dunia
Terlalu leka menanti benda yang tak pasti
Terlalu rapuh hati ini
Tanpa ku sedar Ya Rabbi
Engkau sedang menguji...
Dengan ujian yang buat aku terlalai..
Kembalikan aku pada fitrah mu...
Kembalikan aku pada tunduk dan sujudku...
Pada air mata keinsafan...
Pada basahan lidah dengan zikrullah...
Moga esok masih ada pintu taubat mu untuk hamba mu ini....

Wednesday, June 9, 2010

Green Peace...


Eh sama seperti berjanjilah pulak...
Baju hijau,tmpt nie pun hijau...:))
Langkah diatur sekata...
Kekoknya masih terasa...
Kata-kata kiasan dibuka...
Ternyata kalau dah spesies suka bercakap
tunggu mukadimah je..terus satu persatu episod dikupas
Almaklum..berbulan-bulan sudah tersimpan dalam kotak ingatan....
hai kawan lamaku...
Seolah-olah berada di hadapan cermin diri...bila berbicara
Cengil...itu aku
Cerewet...itu aku kadang-kadang
Pemurah...itu aku jarang-jarang
Penyayang ..itu aku selalu
Pengemas..itu aku tgk mood
Apa-pun manusia tidak dilahirkan sempurna ada kelebihan dan kekurangan
....Aku tahu dari pandangan itu ada sesuatu masih tidak terluah..
Biarkan..biarkan dia mendapat kekuatan..let's its come naturally ok...
Sudah masa penanda buku diletakkan kembali
Bg episod akan datang yang belum ada kepastian...
Mungkin biarkan SMS kembali berbicara...

"Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."