Sunday, June 13, 2010

Lakaran Kehidupan

Hidup penuh dengan pengembaraan yang tiada kepastian...
Setiap hari ada pengajaran...
Ia terpulang pada kita untuk membuat penilaian...
Kadang-kadang kita terus hanyut dan terleka dan terkadang sekali kita menoleh ke belakang untuk mencari tauladannya...



Berhentilah menuding jari kepada org lain atas kesalahan yang tanpa disedari datang dari silap diri sendiri..Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang penganguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Dunia adalah pentas lakonan yang sentiasa mendapat box office award..merupakan komedi bagi insan-insan yang melakonkan dan tragedi bagi insan-insan yang merasakan...Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

No comments:

Post a Comment