Sunday, October 17, 2010

Insan Ini Kian Lemah....

Akhir-akhir ini terlalu banyak persoalan-persoalan tak terungkai yang bermain-main di kotak fikiran..Sehinggakan kadangkala aku tertanya-tanya mengapa persolan kehidupan ini tidak didatangkan bersama skema jawapan agar dapat ku lalui hidup ini dengan tenang...
Mengapa aku terasa amat tertekan dan kesunyian akhir-akhir ini..benar ramai yang berkata aku tidak munkin kesunyian sering didampingi ahli-ahli keluarga yang setia disisi..tapi entahla mungkinkah aku tidak bersyukur dengan anugerah kurniaan ilahi padaku...;
Di saat aku mencemburui kebahagiaan orang lain, tidakkah aku pernah bersyukur atas kebahagiaan yang dikurniakan padaku
Di saat aku mencemburui kejayaan orang lain, bukankah aku sebenarnya boleh mencipta yang lebih gemilang dari itu

Bagaimana agaknya aku ingin menjauhkan rasa gundah di hati ini....mengapakah hati ini akhir-akhir ini terlalu mudah tersentuh, mengapakah aihir-akhir ini aku terlalu murah harga air mata yang jatuh di pipiku...
Ya Allah dugaan apakah ini...pinjamkan rasa kekuatan itu padaku...dan tunjukkanla apa yang sebenar ku dambakan.......Aminnn

2 comments:

  1. Seseorang yang lidahnya sentiasa basah mengingati Allah mendapat manfaat antaranya:

    # Membersihkan hati daripada sifat mazmumah.

    # Melembutkan hati sehingga dapat melihat kebenaran yang datang daripada Allah.

    # Berasa dekatnya diri dengan Allah sehingga apabila berdepan pelbagai musibah, pergantungannya hanya kepada Allah.

    # Meningkatkan mutu amalan kepada Allah.

    # Memelihara diri daripada gangguan syaitan yang sentiasa mahu menyesatkan manusia daripada mengingati Allah.

    # Menjadi penawar kepada hati yang sering gundah, keluh kesah dan tidak tenteram.

    Menghadiri majlis ilmu sama ada kuliah, ceramah, seminar atau bengkel termasuk dalam zikrullah, malah disifatkan Rasulullah sebagai satu daripada taman syurga.

    Baginda bersabda diriwayatkan Ibnu Umar yang bermaksud “Apabila kamu melalui taman syurga, maka hendaklah kamu singgah dan ambil perhatian. Sahabat bertanya, apakah taman syurga wahai Rasulullah? Baginda menjawab, ia adalah halaqah (majlis) zikir. Sesungguhnya Allah menghantar utusannya yang terdiri daripada malaikat mencari majlis zikir dan apabila malaikat melihat dan berjumpa dengannya, mereka saling menyebut perkara itu sesama mereka.”

    Ulama membuat perumpamaan bahawa malaikat mencari majlis ilmu seperti seseorang melihat bintang berkelip di langit pada waktu malam. Betapa indahnya melihat bintang bersinar, begitulah keindahan majlis ilmu di sisi malaikat.

    Di samping itu, mengerjakan solat termasuk dalam zikrullah seperti dijelaskan Allah dalam firman bermaksud: “Dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.” (Surah Toha, ayat 14)

    Inilah zikir paling afdal mesti menghiasi diri individu yang mengaku kasih dan cintakan Allah. Seseorang yang istiqamah mengerjakan solat paling hampir dengan Allah. Sesiapa lalai mengingati Allah melalui solat, hati dan jiwanya kosong, malah mati walaupun jasadnya hidup bertenaga.

    Membaca al-Quran juga zikir paling mulia kerana ia adalah kalam Allah. Apabila membaca al-Quran, seseorang sebenarnya menuturkan kalam Allah dan ia gambaran betapa hampir dirinya dengan Allah.

    Sehubungan itu, individu Muslim perlu membaca al-Quran setiap hari supaya hati tidak kosong dan pada masa sama mengingati Allah.

    Apabila menghadapi kesulitan, zikrullah adalah alternatif menyelesaikan segala masalah. Inilah sebenarnya kekuatan dalaman atau faktor utama keteguhan emosi dalam mengharungi segala pancaroba hidup.

    Semoga hati menjadi tenang dan segala urusan kehidupan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Tindakan menyalahkan takdir atau meletakkan kesalahan kepada orang lain perlu dielakkan kerana ini bukan sifat orang beriman dan tawaduk.

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih atas ingatan....sama-sama menempuh hidup ini tenang ..Amin..

    ReplyDelete