Monday, October 18, 2010

Mengapa aku demam.....


Tetiba jatuh sakit kenapa..ya mungkin dugaan dari Allah telah tiba..atau banyak sangat fikirkan benda-benda lagha nie...Hai si bintang cancer..cukup-cukupla dikau bermonolog dalaman, usah kau dambakan lagi keresahan yang bersarang dijiwamu....cubala rasional sikit dalam berfikiran, engkau insan terpelajar...sering kau lunaskan kata-kata membina untuk rakan-rakanmu, sehingga terpesona anak-anak murid mu dengan kebijaksaan kau memainkan kata-kata semangat..tapi realitinya engkau tidak mampu mengawal emosi mu sendiri mengapa..??..kau hanya tampak kuat dan hebat pada luaran...tapi dimana jati diri dalaman..seandai sering goyah dan berprasangka....bersihkan hati mu wahai saudara ku..kau adalah aku..dan aku adalah kau.Bagaimana aku nak jadi baik, bagaimana aku nak jadi ceria seandai kau sendiri asyik bermuram durja...Ingatla kau tidak pernah seorang....Allah sentiasa mendampingimu dan mengadulah pada pencipta..kerana dialah yang setia mendengar keluh kesah mu.....
Hari ini si bintang cancer..sudah-sudahlah....
"Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian,kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta nasihat menasihati di atas kebenaran dan kesabaran" (surah Al-Asr Ayat : 1-3)
Ingatla ayat diatas, bangunla sebagai wanita yang kuat pernah ku kenali dulu...seandai perasaan engkau di robek lagi..,ingatla aku sentiasa disisi..dah TuhanMu perancana terbaik kehidupanmu...

2 comments:

  1. hai.. mengapa ni sahabat.. lain benar bicara seketika dua ini... ada rahsia ingin dirungkai..? sy sedia dgn rela mendengar.. mungkin menggugur duka yg tertangkai..

    hidup mmg penuh suka dan duka.. msakan suka shj kan..? dan masakan duka shj sepanjang perjalanan.. itulah indah kehidupan, duka hadir untuk kita sentiasa ingat ketika bersuka..

    ingatan untuk diriku jua.. yg terkdang sm2 memikirkan duka....

    ReplyDelete
  2. kecelaruan fikiran..mujur di ketika hati tidak keruan ramai peristiwa2 hadir di hadapan mata yang menyedarkan betapa kerdilnya kiter sebagai hamba Allah di bumi ini....

    ReplyDelete