Saturday, June 19, 2010

Perihal Manusia....


Lama nie aku tunggu...dah dekat setengah jam..buat dono je...sesungguhnya aku lah insan yang tidak suka menunggu lama..bagi aku penantian itu satu penyiksaan..Aku perihalkan org yang buat org ternanti-nanti itu species yanag tiada perikemanusiaan...cuba aku buat org tu yang menunggu sure marahkan..so mcm tu jugak aku...nie dah kuar asap kat telinga hidung semua (huh cuba bayangkan tu seladang kalu nak kejar orang)

Manusia-manusia..cubalah sedar bahawa seandai kita tak mahu di sakiti jangan cuba menyakiti org lain.., hidup nie macam roda..sudah pernah aku kata..kepantangan aku orang menipu..dan apatah lagi yang bermuka-muka...sekali aku ditipu seumur hidup tidak mungkin akan ku percaya lagi....
wah emo nampaknya tulisan kali ini..hehe entah kenapa nak kata bulan mengambang penuh belum lagi 15hb ehehe...tidak mengapa cuba untuk bersabar walau telah banyak aku bersabar...
Allah tidak akan menduga seseorang selagi dugaan itu tidak tertanggung oleh hambanya...
“Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa yang mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia sentiasa ingin menang.” (Riwayat oleh al’Syaikhan dari Ibn ‘Amr)

Kalu difikirkan semula ialah setiap orang ada alasan tersendiri untuk membuat orang ternanti-nanti..waalau kadang-kadang tak tahu samada alasan itu benar atau rekaan semata-mata...biarlah itu antara dia dengan tuhan..sesungguhnya aku hanya manusia biasa disisi dimana dihadapan manusia aku hanya manusia biasa, inikan dihadapan pencipta bagaimana agaknya..
Renung-renungkan dan selamat beramal...
oleh itu janganlah tega mencari kesalahan orang lain, mungkin ianya salah satu cara untuk kita kembali melihat kekurangan dan kesalahan diri sendiri yang kita terlepas pandang....

2 comments: