Thursday, July 8, 2010

Cerita Hari Khamis...


Alhamdulillah akhirnya selesai sudah workshop yang berlansung selama 3 hari...penatnyer rasa even takde lah keje angkat batu..heheh, tapi faham-faham jelah kalu dah workshop yang melibatkan pemikiran kritikal nie..kiter pun sama-sama berfikir bersama dengan participants...

Aku puas hatilah dari komen-komen participant..overall semua puas hati..even hakikat dalam diri aku tak puas hati dengan gaya presentation aku...tidaakkk.i hv to improve...
Erm nie satu lagi boss aku tetiba aku dalam email untuk dipertanggungjawab ke atas file-file mengajar..huhu tidakkah dia tahu aku seorang yang tidak suka akan filing..atau dia tahu aku seorang yang tidak terurus dan cuba membuat diriku terurus...huhu..aku tak reply email tue..tanda protes..hehe takla nak tak nak kene buatla...kang potong gaji lak..(tipu je)

tadi cam biase kat opis nie ramai nak jadi usahawan berjaya...tgh aku mengantuk dtgla sorang kakak ajak tgk baju yang dier jual..tengah-tengah aku memilih baju...tok..tok..tok pintu diketuk huh..ustaz..

begini dialognyer;

Uztaz : Buat aper nie..oo jual baju
Kakak A : Aaah uztaz
Aku : Mana satu baju nak pilih nie, eh yang akak pakai nie cantik(smbil
menuding jari pada baju putih yang akak tu pakai)
Kakak A : Kau nak ker ambillah
Aku : Eh takpelah kak...lagipun mcmmmm
(dengan tiba-tiba....)
Ustaz : Warnanyer cantik..tapi mcm seksi sbb jarang
*aku cuba menyembunyi rasa terperanjat, buat muka selamba dgn komen ustaz..dlm hati wah kalu lelaki tu lelaki jugak...huhu..tobat aku takkan pakai pakaian ikut cutting badan lagi...kalu ustaz yang beriman tinggi boleh beri komen camtu sekali..inikan lelaki-lelaki buaya di luar sana aperla dier pandang agaknye*

Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah kepada Asma’ binti Abu Bakar,

“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]







begitulah kisah hari ini..dalam kepenatan..ada tawa..dalam gembira ada sesuatu yang buat aku berfikir....

3 comments:

  1. lelaki tetap lelaki ham.. thanks for post.. good reminder for us..

    ReplyDelete
  2. erm.. bersm2 la kita berusaha menutup mengikut suruhanNYA.. insyAllah..

    ReplyDelete