Sunday, August 7, 2011

Luahan Rasa

Ramadhan sudah kembali..menyinari semua penduduk bumi..Alhamdulillah atas ketentuanNya aku bertemu lagi ramdhan kali ini...
Entah kenapa hati sangat sedih akhir-akhir ini..seolah-olah aku byk kehilangan...
Ya Allah aku benar-benar bersyukur kerana engkau anugerahkan aku seseorang..tapi kadang-kang aku merasa sepi,seolah-olah orang lain seakan menjauhkan diri dari ku...Aku kehilangan seorang kakak dan kawan-kawan...

Aku amat terharu atas lamarannya yang aku sambut dengan ikhlas hati..walau kini aku seakan kehilangan keceriaan seorang kakak dan kawan-kawan...adilkan ini untuk aku..aku menerima lamaran itu bukan kerana cinta semata-mata,namun untuk keberkatan hidup dunia dan akhirat...tapi sekarang hidupku kosong...kosong..kosong...hanya pada Allah tempatku mengadu...dan pada ibu bapa tempat aku menumpang kasih....dan pada sang kekasih seandai engkau tahu apa ku alami sekarang adakah engkau akan mengerti.....

Tuesday, July 19, 2011

Assalamualaikum..kembali ke arena blogging..ha

Setelah lama aku tinggalkan...
Tidak sedar hanya tidak kurang 2 minggu lagi ramadhan yang mulia akan menyapa...
dimanakah amal jariah kita, atau hanya sibuk memikirkan hal-hal dunia...
Aku renungkan pada diri yang kerdil di sisi penciptanya ini, sungguh tidak kunafikan sudah lama air mata keinsafan tidak jatuh dari pipi ini..kalau ada pun hanya airmata kekecewaan dek kehampaan sifat manusia...

Aku sedar kerana itu hatiku seakan tidak tenang akhir-akhir ini..semuanya serba tidak kena, terasa diri amat kosong...terasa kesunyian yang amat memeluk jiwa..Ya Allah dugaan apakah yang engkau beri ini.., saat diriku masih mampu mengukir senyum tapi hati berlagu sepi...aku perlu pertolongan dan kasih sayangmu Ya Allah...

Tuesday, May 31, 2011

Jun....

Dan esok Mei, melabuhkan tirai untuk memberi laluan pada Jun..
Pantaskan masa berlalu...tidak banyak yang ingin ku kongsikan kecuali aku sekarang cuba untuk merilekskan diri menyibukkan diri dengan kerja-kerja di ofis..

Aku ingin mencipta sesuatu dengan kerjaya ku ini...bukan sekadar memenuhi tuntutan untuk mendapatkan gaji bulanan...kemudian membayar hutang piutang bank serta mengisi perut yang kosong...aku mahu lebih dari itu...

Sekarang aku mula mahu berfikir secara kritikal berkenaan masa hadapan kerjaya dan keluarga harus seiring..aku perlu berjaya dalam kerjaya di samping mempunyai keluarga yang bahagia...moga redha Allah sentiasa bersama ku...

Wednesday, May 11, 2011

Hai...haii

Assalamualaikumm..

Lama sudah meninggalkan arena blogging nie...kenapa sibuk..atau buat-buat sibuk biler mane terasa semua benda bosan untuk dikongsi..so diam je sambil tgk-tgk org lain rancak menceritakan perihal masing-masing dalam kehidupan hari-hari sebagai khalifah di bumi Allah ini...

Sudah menginjak ke bulan Mei..cepat benar masa berlalu,sekaligus aku pun tak tahu aper aku buat sepanjang 5 bulan nie...yang nyata aku telah menyarung cincin di jari ini selama 5 bulan bermakna sudah 5 bulan jua memegang status not available...kehkeh..

Ermm..tkde beza pun...aku still solehah gak.menjaga adat tertib wanita melayu berketurunan darah tun teja..hehe..tapi betullah org katalah kan bukan aku kata..bertunang hebat dugaan...saat-saat dimana syaitan membisikkan kejahatan di hati kita...nauzubillah..tuhan je tau..geram,marah,sedih,nak hantuk kepala kat dinding,cemburu buta tuli..tapi itu dalam hatilah...luar gue nampak cam rileks je..mcm org takde perasaan pun ada gak...hehe itulah fasa pertama yang telah kulalui...dan kini sedang belajar untuk menerima kelemahan setiap insan yang lahir ke dunia ini...

Dan yang paling penting telah ku pelajari 5 bulan ini..sabar,sabar dan sabar...jgn sesekali membiarkan syaitan menewaskan perasaan kita...kerana sesungguhnya makhluk Allah yang satu itu telah bersumpah untuk meyesatkan anak-anak adam....dan kini aku lebih berani melangkah sebagai wanita yang kuat...masih berbaki separuh lagi perjalanan aku..entah apa pula dugaan Allah yg datang sesungguhnya Ya Rabbi aku bermohon moga dugaan mu itu tertampung dek bahu insan lemah seperti ku Aminnn...

Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul...

Alhamdulillah esok kita bakal menyambut..walaupun pernah dikhabarkan bahawa Rasul sendiri tidak suka kelahirannya diraikan..tapi sebagai umatnya tidak salah untuk kita mengingati kelahiran insan ulung kekasih Allah ini di muka bumi...

Akhir-akhir ini benar-benar aku ketandusan idea untuk menulis di blog ini...bebarapa kali cuba untuk aku menulis..tapi akhirnya aku tutup semula, dan semakin lama aku merasai perasaan ini sukar untuk dikongsi..biarlah ia terbuku sendiri di dalam lubuk sanubari..

Setelah lebih kurang sebulan lebih di tahun baru...berbagai-bagai perkara tahun 2010 yang telah berubah;

Kerja: Masih sama, tiada perubahan. Malah kadangkala ada keluhan panjang di hari-hari yang aku lalui seolah tiada lagi yang dapat dinikmati dengan kerja sekarang, seolah-olah putus harapan..wah teruk sangat bunyinya..hehe..ini yang paling aku risau synmtoms kerja 2 tahun telah datang perasaan yang sama 3 tahun yang lepas..dimana aku bulatkan tekad untuk mengundur diri..dan sekarang dengan profession baru aku merasai perasaan yang sama...biler muhasabah semula diri, aku rasa aku yang perlu berubah ye berubah....akhir-akhir ini aku cuba bangkitkan semula keyakinan dalam diri, berbaik sangka dengan semua orang..mungkin kalau kita inginkan kegembiraan, kita berikan kegembiraan pada orang lain, dan seandai kita ingin ketenangan lakukan perkara yang menenangkan orang lain....InsyaAllah aku kan berubah...

Keluarga: Tidak dinafikan seringkali aku terfikir sekarang tanpa mereka siapalah aku, aku bukan budak bijak, malah kalu diingatkan aku tiada kelebihan pun..tapi mak abah dan keluarga buat aku kuat seperti sekarang...anak bongsu kelahiran Julai seperti ku memang complicated dan aku perlukan insan-insan yang sentiasa mendampingiku susah dan senang dan disitu jawapan terbaik adalah keluarga..

Kengkawan: Ye penghijarahan aku tempat baru ini menemukan aku dengan kawan-kawan yang bagi aku sangat unik..dimana tidak pernah aku tahu ada insan-insan hebat seperti mereka selama ini...Kuatnya mereka mengharungi hidup dan ujian Allah.Positifnya mereka dalam menghadapai hari-hari, kadangkala buat aku malu sendiri dan yang penting sentiasa buat aku muhasabah diri. Syukran Ya Allah kerana kau telah ketemukan aku dengan meereka yang punya motivasi diri yang tinggi..sekurang-kurangnya aku dapat berdiri dibumi mu ini dengan penuh rasa kesyukuran...

Kekasih: Tidak pernah kunamakan dia sebagai kekasih...hanya sebuah perkenalan biasa yang bertukar menjadi satu ikatan..memang dia tidak mungkin membacanya, tapi cukuplah insan biase yang perasaannya halus ini mencoretkan di blog ini...
Aku tidak memerlukan
sebuah kehidupan
yang tidak termampu kau berikan kepadaku
Yang ku pinta
bukan segunung permata
bukan juga selaut mutiara
Yang ku pinta
hanya berikanlah sehelai selendang
yang kainnya CINTA
yang benangnya SAYANG
yang warnanya PUTIH bersih
yang dijahit dengan jarum KASIH
bersulamkan KEMESRAAN
berendakan KEIKHLASAN


Itulah 4K dalam hidup ku hari ini

Sekian Buat Kali ini....
Jangan engkau menunggu kebahagiaan untuk kau tersenyum, tapi tersenyumlah untuk engkau berbahagia...

Friday, January 21, 2011

Skrip kejayaan sesudah kegagalan...

Usah dambakan isteri sehebat Khadijah
Jiha diri tidak semulia Rasulullah

Tidak Perlu Isteri Secantik Balqis
Andai diritidak sehebat Sulaiman

Usah mengharap suami setampan Yusuf
Jika kasih tidak setulus Zulaikha

Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim
Jika diri tidak sekuat Hajar dan Sarah

Usah bermimpi mendapat lelaki seperti Ali
Jika diri tidak sehebat Fatimah..




Sebuah Skrip Kejayaan...

Aku dambakan isteri sehebat Khadijah
Aku cuba mengikut akhlak semulia Rasullulah

Jika aku inginkan isteri secantik Balqis
Aku pelajari dan hayati kehebatan Sulaiman

Jika aku mengharapkan suami setampan Yusuf
Kasih setulus Zulaikha kan aku usahakan

Aku mencari suami seteguh Ibrahim
Lalu aku harus sekuat Hajar dan Sarah

Aku bermimpi mendapat lelaki seperti Ali
Maka aku mengikuti hebatnya Fatimah...

Sekian..

Wednesday, January 12, 2011

Kenapa nie....

Kenapa jadi begini...
Kepalaku terasa berat...
Bahuku terasa di tekan-tekan...
mataku seolah-oalh mahu berair....
Demamkah aku???

Dah nak dekat seminggu begini...
Cuaca agaknya...kejap sejuk,kejap panas..
Tanda-tanda bosan dengan kerja yang statik...
Issh nie paling bahaya....

Tuesday, January 11, 2011

Seindah Biasa

Usahlah berputus asa,kerana perubahan itu akan terjadi beransur-ansur..Kitakan melalui banyak rintangan yang kadangkala melemahkan semangat, makan jangan biarkan ia menguasai diri anda....

Monday, January 10, 2011

Saje-saje....

Berat mata memandang,berat lagi bahu memikul..orang memang nampak yang gembira,tapi tidak siapa yang tahu apa yang ditanggung..kadangkala aku terfikir sendiri, benarkah tepat apa yang aku lalui ini...
Saat orang lain tersenyum bahagia, aku pun turut tersenyum tapi bahagia he...tak tahu aku tak rasa apa-apa pun...

Setiap hari aku melalui kebiasaan,tiada lansung kelainan.
Bila ia lupa padaku,maka aku bersabar...
Dab bila ia membahagiakan ku lalu aku bersyukur....

Thursday, January 6, 2011

Jalani Hidup Seadanya...

Tidakkah manusia tahu bahawa syaitan itu pantas membisikkan sesuatu kemungkaran di telinga manusia..tatkala perkara benar dikatakan salah dan yang salah bertambah salah..
Keadaan dunia yang fana ini penuh kenikmatan, banyak pilihan,penuh rupa dan penuh warna.Semua itu bercampur-baur dengan kecemasan dan kesulitan hidup..

Allah telah menetapkan dunia ini sebagai tempatnya untuk bertemunya dua hati yang berlawanan, dua jiwa yang sering berlawanan;
Perbualan dua sahabat:
N: Saya nie teruk sangat ke,kenapa ramai orang macam tak suka dengan saya
S: Bukan macam tu, bukan kita tidak dapat puaskan hati semua orang, fitrah kehidupan ada yang suka kat kita dan ada yang tidak suka
N: mmm..macam tu ye..sambil berfikir betul agaknya...

Maka sahabat-sahabat dan diriku jalanilah hidup ini dengan seadanya;didik dan kawallah jiwa supaya dapat menerima dan menikmatinya..Bagaimanapun, tidak mungkin semua teman tulus kepada anda dan semua perkara sempurna di mata anda...

Monday, January 3, 2011

Azam Tahun Baru La Konon.....


Pejam celik pejam celik dah tahun baru 2011..Selamat tahun Baru Semua Kecik Besar Tua Muda...dan yang pasti yang muda jgn duduk bergoyang kaki kerana tua menanti kita dan yang tua pulak pulak marilah kita renung-renungkan akan aper yang kita lalui semalam untuk dijadikan iktibar dihari mendatang....

Biler tahun baru orang mcm biaselah musti tanyer satu soalan yang boleh aku kire keramatlah jugak..apa lagi berkaitan AZAM TAHUN BARU....padahal yang tanyer tu pun takde azam pun..ntah-ntah azam tahun lepas pun tak capai lagi dok la sibuk tanyer azam org..opsss ini cakap pasal diri sendiri..takde kaitan dengan yang hidup dengan yang dah tiada....

Kesimpulan dari perenggan diatas, sebenarnya nak citer pasal Azamlah nie..
AZAM TAHUN BARU...mcm biase aku tak pernah nak berazam-azam nie...kan dirancang lain yang jadinyer lain...biaselah aku kan minah serabut..perancangan dalam otak je..otak kiri dan kanan bermain-main memikirkan logik akal..yang kadangkala syok sendiri je...

Ape yer aku nak buat tahun nie...
Yang pertama dan terutama...aku ingin berbakti sehabis baik pada kedua ibu bapa ku...ye aku memahatkan iltizam untuk menjadi anak solehah...hehe ada gaya-gaya poyo tak..tapi ye aku akan cube dan terus mencuba...

Yang Kedua dari segi kerjaya..bab nie susah sikit nak cakap sebab terus terang aku cakap kat sini aku takde mangkin untuk berdaya saing susahla...cakap semua atas angin..sukar nak dikotakan...tapi aku target nak tulis dua paper tahun nie..hehe tu kire azamlah kot...tapi sampai lanie tak stat pun lagi..mlm-mlm asyik zzzz je...

Yang ketiga aku ingin kurangkan tabiat borosku,tapi last week sopping gak tapi tak banyakla takpekan.kan...hehe aku akan cuber menjadi insan yang teratur selepas ini..1.PENGEMAS, 2.PENYABAR,3.PENYAYANG dan segala P yang baik-baik lagi..hehe yang ini betul-betul nie harap-harap boleh berjaya....kawan-kawan yang membaca boleh tolong ingat-ingatkan saya...

Yang Terakhir,aku ingin sekali menjadi pencinta yang setia...ceewah nie kalu ada orang dengar sure guling-guling dia gelak..kehkeh...saje je kadang-kadang kita expresikan perasaan kita di blog ini tanpa orang tu tahu bagus gak...actually aku nie takla hati kering sangat cuma aku mendidik hati Supaya Seandai Aku Jatuh Cinta, janganla rasa dan cinta itu melebihi rasa dan cinta aku kepadamu Ya Allah..moga aku tenang dalam hari-hari mendatang ku sebagai hambamu....Bagaikan berbunganya kasih Asiyah kepada Rasul yang membawa cinta itu terus pada ilahi...

Tuesday, December 28, 2010

2010....

Assalamualaikum....
Mcm-mcm kisah berlaku diakhir 2010 ini...
Kisah suka dan duka...dan Alhamdulillah tidak ku nafikan nikmat Allah tidak terhingga buat hamba yang lemah lagi hina ini...hari-hari yang kulalui tidak ku nafikan banyak aku terlalai dan terleka atas nikmat dunia yang hanya sementara..tetapi Allah terus memberi dan memberi..Ya Allah hambamu ini ingin sekali sujud syukur atas kurniaan mu...
Izinkan aku mengimbau sekali di awal tahun 2010...

Bermula aku pertama kali menulis tulisan berbentuk teknikal, dan dengan penulisan itu aku telah berjaya mengangkat namaku di pentas pengucapan...sungguh tidak sangka sehari sebelum aku dilanda gastrik yang sangat teruk, masih terbayang di ingatan dua kakakku menghantar ke LCCT tetapi aku membatalkan penerbangan kerana tidak mampu bertahan akibat serangan gastrik yang teruk...dan rupa-rupanya sakit yang Allah beri itu untuk diganti dengan satu anungerah yang sungguh bermakna..

April-aku menyambut panggilan dari Mu..ya aku telah diseru untuk menjadi tetamu MU...untuk gembira tidak terkata saat mata bertentang dengan Baitullah, saat berada di laman raudah, saat manusia bersesak-sesak untuk menziarah makan kekasih MU...Dengan tenaga yang masih bersisa, aku tetapkan langkah untuk melengkapkan Umrahku yang Pertama tepat jam 1.12 pagi waktu arab saudi..kucupan kesyukuran dari bonda hinggap didahiku...Alhamdulillah aku dapat menyempurnakan umrah ku yang pertama..saat berhadapan dengan kaabah tika berada didepan Multazam..ku seru nama sahabat-sahabat moga mereka dijemput untuk menjadi tetamuMu...

Julai-Aku buat pertama kali menguruskan workshop berkenaan professionlama ku..begitu beriya-iya aku menyiapkan modul untuk workshop itu...aku benar-benar berasa puas walau ada cacat cela yang harus diperbaiki....

October-Angah berangkat ke tanah suci...tika dia disana terasa kami dekat sekali..walau tatkala berdepan selalu sahaja kami bergaduh manja..biasalah adik beradik..lahir pulak dibulan yang sama....mak dan abah kelihatan risau sekali..saban hari doa-doanya agar angah selamat di bumi haram itu...tidak terkira titik air mata seorang lelaki bernama Abah untuk anak peremopuannya yang seorang itu...dan kini Alhamdulillah selamat sudah angah pulang membawa gelaran Hajah....

Cerita Raya Puasa...aper agaknya menarik Aidilfitri kali ini...??
Sampai masanya aku memperkenalkan dia pada keluargaku..hubungan yang terjalin selama setahun sebulan ini atas dasar sahabat lebih manis jika mendapat restu keluarga...ternyata semuanya berjalan lancar tiada bantahan dari keluarga..dan sms kami kembali berbicara...

Cerita Raya Haji....
Turn aku pulak, dibawa berkenalan dengan familynya...ada sedikit gusar dihati tapi ku gagahkan hati jua...cuba untuk berlagak biasa walau dihati tuhan sahaja yang tahu...

Disember..
Dan kini Allah berikan satu lagi anugerah..Alhamdulillah Ya Allah...
Moga ikatan ini akan dibajai dengan benih-benih keimanan, kesabaran, keikhlasan dan kejujuran...

Sekian....

Tuesday, December 21, 2010

Di saat ini....

Dan disaat ia semakin menghampiri...
Mohon ditetapkan hati,dipahat keyakinan pada diri...
Saat bibir ini menguntum senyum dan tawa...
Hati turut berlagu resah...
Ku pohon redhamu yang Esa...
Mohon semua kan berjalan lancar..

Wednesday, December 15, 2010

10 Muharram....


Assalamualaikum....

Hari ini sudah menginjak ke 10 Muharram..begitu pantas masa berlalu..hari ini seakan masa mengejar kita..apakah agaknya azam tahun baru ini..pertama sekali ku letakkan harapan yang tinggi moga segala perancangan untuk tahun baru ini berjalan lancar...Antara kerjaya, cita-cita dan cinta...huh hebat bunyinya....walaubagaimana pun biarlah ia seiring..puas sudah ku didik hati ini untuk bersederhana dalam semua perkara..
Saya kuat dan saya akan sentiasa kuat katakanlah kata-kata itu pada cermin harapan,kepalkan tanganmu dan optimis dalam berfikir...Menangislah jika itu sentaja terkuat bagi wanita yang hatinya mmg ampuh...tapi percayalah itu bukan air mata kelemahan,ianya air mata harapan yang akan menampung semangat kita untuk bertahan dalam Iman....
Selamat berjuang wahai diri....aku pasti kita akan sama-sama melalui tahun baru ini dengan cabaran-cabaran yang lebih mencabar..tapi percayalah setiap kesulitan pasti berakhir dengan kemudahan..InsyaAllah.....

Monday, November 29, 2010

Sepintas Lalu....

Assalamualaikum...
Sudah lama tidak menulis..jari seolah-olah berat dan fikiran seolah-olah terhenti seketika dek kerna kesibukan tugas..tepatlah dari sebuah buku pembacaan ku bahawa..kesibukan boleh melekakan kesunyian...Alhamdulillah...
Dalam sehari ke sehari dalam waktu-waktu yang aku lewati banyak ketentuan Allah yang telah disuratkan buat hambanya ini...terasa keinsafan menyeliputi diri kerana ternyata diri ini selalu dalam keadaan tidak mensyukuri di atas ketentuanNya..aku yang sering menyesali aper yang terjadi, aku yang penuh dengan keluhan panjang..jarang sekali aku bersyukur di atas limpah kurnia yang Allah berikan...dan sekarang aku nampak hikmah yang tersirat buat diriku...Moga Allah sentiasa mengasihi hambanya ini dan moga aku pula menghargai setiap insan yang menyayangi aku dikeliling ku Mak dan Abah, Adik beradik dan kawan-kawan....

Sunday, November 14, 2010

8 Zulhijjah ..Wukuf di Arafah...

Alhamdulillah hari ini 8 Zulhijjah selamat kakakku di bumi arafah..bakal memulakan langkahnya untuk menyahut seruan ilahi untuk melaksanakan jihad terbesar bagi seorang wanita yakni melakukan ibadah haji....Ya Allah permudahkan urusanNya....
Dah dua hari lagi bakal menyambut Hari Raya Aidiladha..walau hari raya kali ini sedikit kesuraman..adik beradik pun tak semua yang pulang...tapi aku mengharapkan kehadiran ku boleh memberi keceriaan pada mak dan abah dan seboleh-bolehnya aku ingin menggembirakan mereka sedaya yang aku termampu..

Sunday, November 7, 2010

Kau Yang Satu....

When I feel depressed

When I feel restless

When I am empty

You're the One I turn to

Oh God you're the One

You're the One God.

All my praises

Are for you... for you

And my life and death is only

For you... for you...for you


Monday, November 1, 2010

Aku beli sesuatu....

Dah lama ku idamkan untuk memilikinya....dan weekend yang lepas telah ku penuhi impian itu...even terpaksa mengeluarkan wang simpanan...tabiat ini jangan dicontohi....dan aku juga biler pk semula agak risau dengan apa yang aku lakukan..tetapi ahhh peduli aper kan..hehe..ishh sekali lagi berjaya syaitan nirr rajim berjaya menguasai diri ini...

Apa pun biler dah ada benda ini harap hidup ku akan menjadi lebih menarik, warna-warna hidup ku akan ku corakkan seperti corak abstrak...hehe....(nampak sgt kecelaruan fikiran...)

Sunday, October 31, 2010

FUHHH....

Weekend sudah berlalu..aper yang dilakukan weekend nie..???takde banyak benda yang aku buat tapi banyak barang yang aku beli...hehe..Dengan jayanya aku telah membeli belah ditengah-tengah kota metropolitan itu...inilah akibat nya menjadikan shopping kepada terapi untuk ketensionan..ishh..ishh jangan contohi sikap ini...aku yang ternampak dihadapan mata telah ku capai dengan jayanya..tapi yang tak berapa jaya tgk duit yang semakin terhakis dek kerana mengikut gelojak nasfu yang melampau2 ini...
Terduduk aku sebentar di kerusi Nail Spa tingkat dua Metrojaya itu..sambil termenung seketika...memikirkan aper yang aku buat ini...sempat beristigfar sebentar...dan menghela nafas yang panjang....melihat barang-barang yang penuh di tangan...mm banyaknyer aku shopping...berjaya syaitan nir rajim menyesatkan aku....
Lewat tengahari itu aku berjumpa seorang kawan lama...K.Liza..biaselah kemana-mana aku pergi dari mula-mula kerja lagi..Allah akan utuskan seorang rakan untuk menjadi penguat semangat ku..dan rakan itu pasti dari golongan senior yang sgt bermotivasi tinggi....agaknyer aku nie mmg kene dimotivasi selalu...

Duduk kami merehatkan diri di sebuah restoren fast food....sambil makan bicara pun bermula...dari berkenaan kerja...kami tukar ke topik yang lebih peribadi...apa lagi perihal wanita single nie"JODOH"....satu persatu kupasan nyer...sekali lagi aku terpana dek kata-kata semangat wanita di hadapan itu...Air matanya tumpah melihatkan rapuhnya hati seorang wanita..aku faham situasi itu...dalam pada dia cuba berkongsi sesuatu padaku, dia sebenarnya muhasabah dirinya semula...

Ya mmg benar kata-katanya kita mesti sentiasa bersangka baik dengan Allah..Allah sentiasa mentakdirkan yang baik untuk hambanya....

Weekend telah berlalu...dan biarkan ia berlalu..aku pulang semula ke kampung halaman untuk menyelesaikan tugasan-tugasan rutin..mak dan abah anakmu sudah pulang...hehe
Dan aku mula menguatkan semangat untuk menjadi khalifah dibumi Allah ini dengan lebih bermakna, moga setiap hela nafas, setiap degup jantung yang Allah kurniakan dapat ku balas dengan pengabdiaan yang setimpal..ya aku hambanya yang lalai.., hambanya yang rapuh...Ya Tuhanku hanya padaMu tempat mengadu segala rindu
limpahiku rahmat kasihmu...

Monday, October 18, 2010

Mengapa aku demam.....


Tetiba jatuh sakit kenapa..ya mungkin dugaan dari Allah telah tiba..atau banyak sangat fikirkan benda-benda lagha nie...Hai si bintang cancer..cukup-cukupla dikau bermonolog dalaman, usah kau dambakan lagi keresahan yang bersarang dijiwamu....cubala rasional sikit dalam berfikiran, engkau insan terpelajar...sering kau lunaskan kata-kata membina untuk rakan-rakanmu, sehingga terpesona anak-anak murid mu dengan kebijaksaan kau memainkan kata-kata semangat..tapi realitinya engkau tidak mampu mengawal emosi mu sendiri mengapa..??..kau hanya tampak kuat dan hebat pada luaran...tapi dimana jati diri dalaman..seandai sering goyah dan berprasangka....bersihkan hati mu wahai saudara ku..kau adalah aku..dan aku adalah kau.Bagaimana aku nak jadi baik, bagaimana aku nak jadi ceria seandai kau sendiri asyik bermuram durja...Ingatla kau tidak pernah seorang....Allah sentiasa mendampingimu dan mengadulah pada pencipta..kerana dialah yang setia mendengar keluh kesah mu.....
Hari ini si bintang cancer..sudah-sudahlah....
"Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian,kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta nasihat menasihati di atas kebenaran dan kesabaran" (surah Al-Asr Ayat : 1-3)
Ingatla ayat diatas, bangunla sebagai wanita yang kuat pernah ku kenali dulu...seandai perasaan engkau di robek lagi..,ingatla aku sentiasa disisi..dah TuhanMu perancana terbaik kehidupanmu...